Wednesday, 7 January 2015

30++ KIDS




Comel tak budak ni? nama dia Hana :) Ini antara 30 ++ kucing yang saya ada. Semua kucing saya diberi nama dan mempunyai 'rumah' masing-masing. Setiap kali mereka sakit sayalah orang yang akan merawatnya kerana mereka agak 'takut' dengan saya dan keluarga saya yang lain tidak berapa berani untuk mengendalikan mereka yang agak nakal.





Dan ini Kippy, dia meninggal semasa saya sedang berada di upm dan diberitahu oleh abang saya selepas beberapa hari Kippy meninggal kerana mereka takut saya sedih. Kippy meninggal akibat jangkitan virus dan doktor tidak tahu punca virus tersebut.





Antara sebab saya belajar bidang DKHP ni kerana saya ingin merawat kucing-kucing saya kerana ia agak menarik dan jika saya dapat menjadi doktor haiwan dapat mengurangkan beban kewangan sakit kucing-kucing saya kerana agak mahal untuk merawat mereka apabila sakit.


Seperti dalam gambar atas ini keluarga saya amat menyokong cita-cita saya untuk menjadi doktor haiwan. Mereka juga amat menyayangi haiwan terutama ibu saya. Ibu akan bagi kucing-kucing tepi jalan yang lapar dan kadang-kadang ibu akan bawa balik kucing yang sakit dan lapar yang dia jumpa. Dan saya yang akan merawat kucing tersebut sehingga sihat dan itu antara sebab kenapa jumlah kucing saya 30++ tidak termasuk kucing jiran yang kami beri makan.

Atas galakan dan impian saya, saya terima tawaran untuk masuk bidang diploma kesihatan haiwan dan peternakan walaupon di bintulu sarawak and HERE I AMMM :)


No comments:

Post a Comment